Monday, 3 March 2014

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

Diriwayatkan bahawa: Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada ALLAH: "Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat²mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah."
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-MU."

SAHABATKu.. Mudah²an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang ALLAH.

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya ALLAH... Aku Memohon kepada-MU. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-MU. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

No comments:

Post a Comment