Monday, 3 March 2014

BAGAIMANA CARA-CARA MENGERJAKAN ZIKRULLAH


zikir terdiri dari berbagai peringkat dan berbagai lafaz. Zikrullah yang paling baik ialah kalimah Tayyibah, La-Ilaha Illa-Allah.

Peraturan mengerjakan zikrullah
1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
2. Menghadap Qiblat
3. Menutup aurat
4. Dimulai dengan hadiahkan fatihah kepada Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam, Ahlul Bait, Sahabat serta sekalian Aulia' Allah.
5. Disudahi dengan doa

Cara mengerjakannya pada peringkat permulaan ialah dengan menyebut dengan lidah atau disebut zikir lisan secara kuat berserta dengan ingatan didalam hati akan kebesaran dan keagungan Allah. Ketika melafazkan zikir ini hati hendaklah turut merasakan kehebatan Allah meliputi seluruh alam. Jumlah zikir tiada hadnya. Lebih banyak seseorang melakukan zikrullah ini pada bilangannya lebih berkesanlah pada batin hatinya.

Apabila zikrullah ini dijadikan wirid, iaitu dilakukan secara terus menerus setiap hari pada bilangan tertentu sehingga memenuhi hatinya dan bercahaya2 maka cahaya zikir yang memenuhi hati ini akan melimpah pula ke seluruh jasad meliputi darah, daging, urat dan tulang.

Pada peringkat2 seterusnya seseorang akan merasakan kemesraan zikir ini pada ruh dan nafas. Kesudahannya seseorang itu akan melihat dirinya diliputi zikrullah; daripada lidah, hati, aqal, nafas dan ruh semuanya berzikir.

Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian
peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing seseorang.

Selain dari mengerjakan zikrullah dengan cara tertib ini, zikrullah dalam hati wajib diteruskan juga diluar; ketika makan, minum, sedang bekerja dsb. Pada peringkat permulaan keadaan ini memang sukar dilakukan. Tetapi jika diwiridkan sebagaimana tersebut diatas, mudah2an Allah Ta'ala akan memberi pertolonganNya sehingga seseorang dapat sentiasa berzikrullah.

Didalam Toriqat Sufiyyah, zikir La-Ilaha-Illallah serta zikir2 yang lainnya dikerjakan mengikut beberapa panduan, syarat, dan aliran garisan kalimah. Ini perlu dilakukan dengan mengambil talqin daripada Shaikh pemimpin kerohanian. Hasil daripada zikrullah yang dikerjakan melalui Ilmu Toriqat Sufiyyah jauh lebih berkesan dan lebih manfaatnya kepada keteguhan Iman dan Taqarrub Ilallah.

Zikir yang dilakukan dengan pimpinan guru Ma'rifat adalah jauh lebih berkesan kepada hati kerana ianya mempunyai silsilah dan adab2 yang khusus bagi mencapai keteguhan hati dan Iman.

No comments:

Post a Comment